Catatan Projek

Nama Cerita Disini

Amet minim mollit non deserunt ullamco est sit aliqua dolor do amet sint. Velit officia consequat duis enim velit mollit.

Read Story

6 & 7 Februari 2021

Perjalanan projek Eyes That Speak (ETS) ini bermula dengan bengkel pengenalan kepada fotografi dan kesihatan mental.

Di mana pelajar dari Buku Jalanan Chow Kit diberi pendedahan dengan teknik asas fotografi dengan kamera filem pakai buang dan tiga tema yang berkaitan kesihatan mental bagi menggunakan kamera sebagai alat mengekplorasi diri.

Read Story

27 & 28 Mac 2021

Pelajar di Buku Jalanan Chow Kit turut didedahkan dengan medium koreografi dalam penceritaan spontan melalui projek ini. Manizia Kajiwara, seorang penari-ahli terapi berbangsa Jepun turut bekerjasama dengan projek Eyes That Speak dalam berkongsi praktik seninya.

Dengan menggunakan tarian interaktif untuk berkomunikasi dengan gambar yang dihasilkan oleh pelajar BJCK, ia membuka ruang untuk pelajar meneroka emosi dan bercerita menerusi pergerakan serta tarian.

Pelajar secara bersama mengembangkan dan melakukan siri koreografi tarian yang spontan berdasarkan gambar mereka.

Read Story

7 & 14 Mac 2021

Projek ini juga turut melibatkan para kaunselor khusus melibatkan pendidikan remaja dan kanak-kanak. Mereka turut memberi fokus kepada masalah kesihatan mental yang mempengaruhi para pelajar semasa pandemik COVID-19. Menerusi bengkel ini, kami meneroka lebih jauh untuk membolehkan ruang selamat dapat dikembangkan.

Dalam siri bengkel ini, para pelajar Buku Jalanan Chow Kit digalakkan untuk bercerita tentang foto mereka bagi membolehkan mereka mempraktikkan pemikiran reflektif dan juga cara ekspresi.

Read Story

Buku Foto: Eyes That Speak

Buku foto ini merakam pengalaman pelajar Buku Jalanan Chow Kit ketika pandemik lewat kamera filem pakai buang. 844 keping gambar dihasilkan dari projek Eyes That Speak ini telah disunting dan diberi olahan oleh tim kuratorial serta Moka Mocha Ink.

Read Story

Pameran

Pameran dalam talian ini merangkumi sesi perkongsian pelajar Buku Jalanan Chow Kit, keratan audio cerita serta kapsyen di sebalik gambar.

Read Story